Quantcast
Channel: Steps of Sally Samsaiman
Viewing all 1948 articles
Browse latest View live

Sally & LEGO | Hello Kitty in Kimono

$
0
0

Yeay!

Lego yang ketiga dah pun siap...hehehe...sebenarnya siap since hari Selasa lagi tapi tak sempat nak update kat blog!

Comel tak....actually walaupun yang ni besar sikit dari yang sebelum ni Sally buat..tapi sebenarnya yang ni lagi senang daripada yang dua tu...mmg senang gila...dalam masa setengah jam je Sally dah boleh siapkan..huhuhu...

Kalau ada yang nak beli yang lupa contact PIXELISTA - Menjual pixel dan pixel lego.

REVIEW | I fine..Thank You..Love You (Thailand)

$
0
0
Cerita ni Sally baru tengok semalam...mmg best, kelakar gila...mmg takkan seminit pun korang tak gelak...sepanjang malam tengok wayang ni, habis satu hall tu ketawa...rasa sampai sesak nyawa nak ketawa...hihihi...

So, Sally nak review sikit la ye..


Sinopsis:
Cerita ni berkonsepkan romantik komedi...pertama nya bila Yim (Sunny Suwanmethanon) masuk ke kelas tutor Pleng (Preechaya Pongthananikorn) yang pada mulanya mengajar kekasih Jepun Yim yang bernama Kaya...


Lepas Kaya berjaya untuk dapatkan kerja di Amerika Syarikat (lulus bahasa inggeris), dia buat keputusan nak berpisah dengan Yim dan akhirnya Yim menganggap tutor Pleng punca sebab dia yang mengajar Kaya...


Jadinya Yim paksa tutor Pleng supaya ajarkan dia bahasa inggeris supaya dia dapat berjumpa dengan Kaya...yang bestnya Kaya tak paham bahasa Thai, dan Yim tak paham bahasa inggeris...tak tau la macam mana dorang jadi pasangan kekasih...

Pada masa yang sama tutor Pleng jatuh hati kat salah sorang anak murid dia...



Pada Sally, cerita ni bukan la seronok sangat...tapi elemen komedi dia mmg sangat kelakar dan korang takkan menyesal tengok...Kalau suruh Sally pilih nak tengok cerita ni atau cerita Cinderella, Sally prefer cerita ni lagi...hahahaha

Serius, Sally sendiri akan repeat tengok cerita ni...tapi Sally sarankan korang jangan la bawak budak-budak sebab ada elemen dewasa sikit-sikit laa..hehehe...but overall, a movie that worth your money dan yang paling penting movie ni rated nombor satu dekat Thailand!! Box-office!

Cerita dah mula ditayangkan harini (12/3/2015)

p/s : Sally perasan muka pelakon utama lelaki dia macam muka Lee Dong Wook

Puffy Buffy Cafe in Nu Sentral

$
0
0
Nu Sentral...siapa yang tak pernah dengar lagi kan...Nu Sentral ni antara tempat paling senang nak pergi sebab dia terletak betul-betul strategik..nak naik monorail, KTM, LRT atau naik ERL pun senang kan...

Minggu lepas Sally ada jumpa dengan kakak-kakak FAG kesayangan Sally...Kak Huda, Kak Zura, Kak Nadia, Kak Dayang & Kak Fiza... Ni geng masa Sally ke Korea tahun lepas...saje buat gathering nak borak kosong...jadinya kak Huda suggest Puffy Buffy Cafe kat Nu Sentral ni..


Interior dalam kedai ni so far okay la...Sally suka sebab comel macam nama kedai jugak...nanti ingat Sally nak bukak kedai nama Hunny Bunny laa..kekeke..okay, tak Sally melawak je...kedai ni dalam dia mmg lampu ala-ala pink kaler camni...takde lampu terang...kalau korang masuk pun confirm macam pelik tapi lama-lama okay la...


Baca review di Facebook, ramai yang cakap pastri dan kek dorang ni sedap...masa tu Sally takde plak rasa nak cuba tapi overall makanan dia mmg sedap...Sally suggest Red Velvet Cake kalau korang nak cuba la...


Iced chocolate ni kak Huda punya...hehehe...comel je dia tulis "cantik"...kitorang dah gelak-gelak dah bila budak tu sampai dengan air Kak Huda ni...tapi lepas tu kak Zura punya cappuccino takde pulak dia nak buat...kosong penuh buih je kak Zura punya..hahahahaha


This actually lasagna...tapi entah kenapa Sally tak rasa benda ni nampak okay...something missing...maybe I was expecting lasagna yang macam selalu makan tu sebab lasagna ni nampak macam murtabak pun ada...huhuhu...sedap but not what I expect it would turn out.


Chocolate lava neh sedap! hahahahaha...sebenarnya banyak lagi makanan yang kitorang order...tapi sebab kebulur kan...mana nak ingat ambik gambar bagai...Sally suka konsep dia, sedap dan macam biasa laa...harga "cafe" kan...don't expect to find something cheaper like mamak stall okay?

Quality comes with a price!

Left : Kak Dayang, Kak Fiza, Kak Nadia, Sally, Kak Zura & Kak Huda

p/s : Bila FAG gathering..kemana destinasi seterusnya? Hahahahaha! ^^,

 Puffy Buffy Cafe
Facebook : www.facebook.com/cafepuffybuffy
Instagram : www.instagram.com/puffybuffynusentral

Setiap hari tgk wayang..tak penat ke?

$
0
0
Isnin, Selasa, Rabu...

Tiga hari berturut-turut Sally tengok wayang...


 Penat wehhh...serius penat gila...tapi sebab kan dapat tiket wayang percuma...jadinya digagahkan kaki kesana sini...

Dua hari di One Utama, hari ketiga kat Paradigm Mall...

So, next week nak rehat...sebab kelas dah nak mula...tak nak dah berjalan bagai..kena duduk rumah menelaah pulak..hahahaha...itu pun kalau takde dapat tiket free laa...

Movie Wild & Run All Night nanti Sally akan review pada waktu akan datang..hahahaha...sebab macam tak berapa excited nak cerita..muehehehe...

Anyway, thanks KLIPS& Budiey :)


Ada blog, kantoi dengan bini bos!

$
0
0
 
Hasil penulisan daripada Bro Framestone...siapa yang tak kenal kan...blog terbaru daripada bro, BRO - Blog Retis Official ni memaparkan tentang blogger-blogger yang ada kat Malaysia ni...dengan Sally sekali kena...

Okay la...mukadimah dah...so, kita straight to the point...benda ni jadi Rabu lepas, masa tu Sally tgh buat something dalam bilik bos dan tetiba dia tanya,

"Kau ada blog ke Sally...bini aku cakap selalu baca blog kau.."

Errr...time tu mmg Sally tak tau nak respon macam mana...mampu ketawa palsu dan cakap Sally buat blog untuk suka-suka je..hehehe...dah kantoi dengan bos nak cakap apa lagi..?


REVIEW | Wild (2015)

$
0
0
Storyline
In Wild, director Jean-Marc Vallee (Dallas Buyers Club), Academy Award winner Reese Witherspoon (Walk the Line) and Academy Award nominated screenwriter Nick Hornby (An Education) bring bestselling author Cheryl Strayed’s extraordinary adventure to the screen. After years of reckless behavior, a heroin addiction and the destruction of her marriage, Strayed makes a rash decision. Haunted by memories of her mother Bobbi (Academy Award nominee Laura Dern) and with absolutely no experience, she sets out to hike more than a thousand miles on the Pacific Crest Trail all on her own. WILD powerfully reveals her terrors and pleasures --as she forges ahead on a journey that maddens, strengthens, and ultimately heals her.

Director
Jean-Marc Vallée

Casts
Reese Witherspoon & Laura Dern 
Cerita ni sebenarnya adaptasi dari pengalaman sebenar dan jugak adaptasi daripada buku "Wild: From Lost to Found on the Pacific Crest Trail" yang mengisahkan tentang Cheryl Strayed yang terlibat dengan banyak masalah yang membuatkan dia rasa takde guna dia hidup lagi...sampai la dia buat keputusan untuk berjalan beberapa ribu batu di Pacific Crest Trail sendirian..

Jujur kata...cerita ni bukan untuk korang ketawa atau untuk melepaskan rasa stress...genre dia berat dan mmg memerlukan kita fokus untuk dapat makna utama cerita ni...Nasib baik Sally dapat kawan yang jenis paham jalan cerita ni dan kami boleh relate apa yang jadi dengan kehidupan...

Women and soul searching.

Never ending is it?

Recommended for all who are lost in love and life..

REVIEW | Run All Night

$
0
0


Storyline
Brooklyn mobster and prolific hit man Jimmy Conlon (Neeson), once known as The Gravedigger, has seen better days. Longtime best friend of mob boss Shawn Maguire (Harris), Jimmy, now 55, is haunted by the sins of his past—as well as a dogged police detective (D’Onofrio) who’s been one step behind Jimmy for 30 years. Lately, it seems Jimmy’s only solace can be found at the bottom of a whiskey glass. But when Jimmy’s estranged son, Mike (Kinnaman), becomes a target, Jimmy must make a choice between the crime family he chose and the real family he abandoned long ago. With Mike on the run, Jimmy’s only penance for his past mistakes may be to keep his son from the same fate Jimmy is certain he’ll face himself…at the wrong end of a gun. Now, with nowhere safe to turn, Jimmy just has one night to figure out exactly where his loyalties lie and to see if he can finally make things right.

Director
Jaume Collet-Serra

Casts
Liam Neeson, Genesis Rodriguez, Joel Kinnaman, Boyd Holbrook, Ed Harris, Vincent D'Onofrio, Common, Bruce McGill, Beau Knapp

Genre
 
Untuk cerita ni...entah kenapa...Sally rasa kolabrasi ketiga antara Liam Neeson dengan pengarah, Jaume Collet-Serrakali ni macam tak best...Rata-rata review dan jugak pada pandangan Sally sendiri...cerita ni antara kolabrasi yang paling worst la...entah la...mungkin Sally terlalu "high expectation" utk cerita ni...
Liam Neeson plays Jimmy Conlon, a disgraced alcoholic who used to be a fearsome enforcer working for his New York mob boss, Shawn Maguire (Ed Harris). His life hits rock bottom that even his son, Mike (Joel Kinnaman) doesn't want him anywhere near him, his wife (Genesis Rodriguez) or his two young daughters (Giulia Cicciari and Carrington Meyer).

Meanwhile, Shawn's son Danny (Boyd Holbrook) wants to prove his worth to his old man by introducing him some Albanian drug dealers for big business. Unfortunately, Shawn doesn't want to get involved in the drug business anymore since he's already going legit.

Things get messy when Mike, who works as a chauffeur, witnesses Danny kills the Albanian drug dealers one night. Mike manages to escape, but Danny eventually tracks him down to his house and tries to kill him. Jimmy was there at that time, and forced to kill Danny to save Mike. Nevertheless, the chase begins as Shawn deploys all his men to kill both Jimmy and Mike at all cost.

*This review is written courtesy from Warner Bros Malaysia press screening*
So far...quite okay la...

Happy 52nd birthday mama!

$
0
0
16th March 2015.

Hari ulangtahun kelahiran mama Sally yang ke 52...

Hehehe..mama dah tua...weee~

Tahun ni tak celebrate pun sebab harini kan hari bekerja...hanya mampu wish je kat mama harini...nak jumpa pun tak sempat..hohoho...


To Puan Surina!

Throughout my life, you have always been the strength that holds me up in the storm of life. I love you mama. My greatest wish is to grow up and become just like you. Happy Birthday mama and thank you for all your strength and advice that have helped me become the person I am today.

You have given me such great advice over the years, mama. I want to take this special day and use it as an opportunity to thank you for all that you do. Thanks for always believing in me, ma. Have a terrific day today.

I love you from the bottom of my heart. You are very special.

Mama! Happy birthday! 

Lelaki dalam hidup Sally.

$
0
0

Along - Abg Sharul - Abg Aily

Buat masa ni, ini jela lelaki yang ada dalam hidup Sally...Kehadiran abg Sharul selepas sah menjadi suami kepada satu-satunya kakak Sally, menggantikan tempat arwah papa...Jadinya ada 3 orang lelaki dalam hidup Sally sekarang.

Tahun ni merupakan tahun ketujuh sejak papa meninggal dunia..hmmm...kadang-kadang tu rasa kosong...yela..kalau dia ada tu...banyak benda tak boleh nak buat...huhu..boleh tak kadang-kadang tu harap ada orang marah, ada orang tegur kita..kosong..

Bila nak ada lelaki keempat neh..

Ish! =)

Jangan jadi baik, nanti kena pijak kepala.

$
0
0

Tajuk entri...
Jangan jadi baik, nanti kena pijak kepala.
Rasanya rata-rata kita pernah dengar kawan-kawan, sedara mara cakap...even senang kata Sally jugak pernah cakap benda ni kat ibu...sebab kebaikkan ibu atau mama Sally selalu orang balas dengan kejahatan...kadang-kadang rasa dendam kat orang...dendam kat manusia yang selalu pijak kepala orang untuk kepentingan diri...Kalau la santau tu tak menjadikan kita kufur, mmg dah lama Sally ngantor santau kat mereka-mereka yang kurang ajar neh..!

Tapi...bila meningkat dewasa ni...Sally semakin faham dengan rata-rata perangai manusia...kadang-kadang boleh baca apa yang tersirat kat hati kadang tu tidak...Pada kita mungkin niat membantu, pada orang mungkin niatnya nak menganiaya kita...

Senang kata, tepuk dada tanya la hati...perlukah menjadi bodoh sentiasa dipergunakan, atau menabur kebaikkan tanpa mengira apa yang akan jadi...Mungkin sebab mama dan ibu Sally ni dedua jenis hati lembut...buat la apa pun, dorang mesti kata takpe...tapi kita la yang sakit hatinya bila terkenangkan apa yang orang buat kat mak kita kan...

Hati kita..kita yang tentukan...hati manusia, susah nak tau apa isinya...Semoga mereka-mereka yang menganiaya ibu dan mama Sally terima la balasan setimpal atas apa yang mereka buat kat mereka..

Wordless Wednesday! [Doa, Jodoh]

$
0
0

Selalu kita berdoa supaya dapat dengan orang yang kita inginkan...tapi mana tau ada orang lain jugak yang berdoa supaya kita jadi jodoh dia..kan?

Jodoh tu rahsia Allah :)

Selamat pagi...!

Wordless Wednesday! [A Love Story]

$
0
0

Korang yang bercinta, aku yang sakit.

Hahahaha...

^_^

Tak sihat.

$
0
0
Harini rasa macam nak pitam je...asyik selsema, migrain...mula daripada bangun tidur pagi tadi...tapi sebabkan semalam dah cuti, jadinya harini tak nak la ambik MC pulak...kesian pulak kat office kang ada yang huru hara..huhu...


Masa lunch tadi sempat la lelap sekejap sebab dah tak tahan sakit sakit kepala, nak pandang cahaya pun tak mampu...dah setengah hari Sally tutup lampu dekat bahagian Sally...nasib baik jugak tempat Sally tgh, walaupun tutup lampu masih lagi nampak terang la office...


Bersin non stop, selsema, gatal tekak, sakit kepala migrain...kira mmg pakej sungguh la kan..haihhhh...Balik ni nak rest, nak tidur kalau perlu...hopefully malim karang mata tak meliar laa...

Banyak benda nak tulis tapi mmg tak larat harini...

Cheesy! hahahaha
p/s : Esok nak update beberapa jenis resepi masakan korea dan cerita seram terbaru yang diarahkan oleh pengarah James Wan, Demonic.


Running Man di Sarawak, April 2015

$
0
0
Rata-rata rakyat Malaysia, yang minat KPOP ataupun tidak mesti kenal dengan Running Man...bohong jugak kalau tak pernah dengar kan...hehehehe....paling tidak sure ada nampak iklan kat TV tu haaa!

Okay la...selalunya kita dengar yang kalau artis KPOP biasanya akan datang ke semenanjung atau secara spesifiknya ke Kuala Lumpur atau paling tidak ke Penang, tapi kali ni pihak produksi Running Man akan ke Sarawak!

[NEWS] The international popular Running Man series will be making its presence in Sarawak, with it’s recce team checking out the Bakun Dam as a possible location.

Tarikh exact dorang akan berada di Sarawak masih belum tau lagi bila tapi Sally akan update secepat mungkin kalau ada info lagi... Buat masa ni dikatakan mereka akan ke Bintulu atau ke Empangan Bakun...so, kita nantikan la kemunculan Malaysia dalam siri Running Man!

errr....tapi kalau tetiba tak jadi jangan la sedih pulak eh..hihihi


RESEPI : Haemul Pajeon (Korean Seafood Pancake)

$
0
0
Haaa! Resepi masakan makanan Korea lagi...ye..ye..jangan buat muka macam tu...hikhik...Kalau korang masih ingat entry masa Sally berkunjung ke Jagalchi Market (자갈치시장) di Busan, Korea...korang mesti pernah tengok haemul pajeon ni...

Haemul bermakna seafood, manakala pajeon bermakna pancake...Kalau sampai Malaysia je jadi la cekodok makanan laut...haaa~

Sally sekarang ni suka masak sendiri je makanan Korea sebab bila makan kat luar dapat sikit je lepas tu semuanya kedekut kan...Lepas tu semua mahal, lepas tu Sally kan tak kaya, lepas tu nnt korang marah sebab asyik makan kat kedai Korea...hahaha...okay, dah melalut!


Haemul pajeon ni boleh kita guna pelbagai jenis makanan laut...ikut la nak campur apa...ikut selera masing-masing...

Bahan-bahan (Basah)
  1. Daun bawang (Kalau tak jumpa boleh ganti daun kucai)
  2. Cili merah / cili hijau (optional)
  3. Isi udang
  4. Isi ketam
  5. Isi kepah / lala / tiram (optional)
Bahan-bahan (Adunan)
  1. Tepung gandum
  2. Lada sulah @ Lada hitam
  3. Garam
  4. 1 biji telur
  5. Air
Bahan-bahan (Sos pencicah)
  1. Kicap cair
  2. Cili padi
  3. Sedikit gula
  4. Sedikit cuka
Cara-caranya :
  1. Pertama sekali, cara dia sama je macam nak buat cekodok kita tapi ni Sally bagi jugak cara laa
  2. Siapkan bahan-bahan (basah), bersihkan isi udang, potong sotong lebih kurang macam bentuk udang jugak, potong daun bawang lebih kurang 3-4cm, dan potong cili merah nipis-nipis.
  3. Adunkan semua bahan-bahan (adunan) sehingga sebati...jangan terlalu cair, pastikan sedang elok macam nak buat cekodok...
  4. Campurkan bahan-bahan (adunan + basah) tadi.
  5. Dalam pan yang leper, panaskan sedikit minyak dan goreng adunan tadi.. (guna kaedah goreng telur dadar)
  6. Pastikan adunan yang kita masak tu tak terllau tebal melainkan kalau korang suka makan yang tak garing la...
  7. Sambil tu boleh siapkan sos pencicah (kalau malas, pakai je cili padi dengan kicap cair)
  8. Dah boleh makan! hihihi

p/s : Yang Sally masak tak sempat amik gambar...ini yang masa g Korea duu..hikhik

Sally & Loz Block | Kevin (Minion - Despicable Me)

$
0
0
Hehehehe....playing time! Ni merupakan block Sally yang terakhir buat masa ni sbb belum ambik stok yang baru lagi..hihihi...


Say hello to Kevin! hihihi...Kevin ni merupakan salah satu watak Minion dalam Despicable Me...Kalau sebelum ni Sally dah buat Dave (Minion - Despicable Me), kali ni Sally buat Kevin pulak...


Tinggal la mereka berempat dekat office Sally...hahahahaha...Sally ingat macam nak jual je benda ni...ada yang nak tak?

^_^

REVIEW | Demonic

$
0
0
Sepanjang minggu lepas, Sally hanya tengok wayang cerita-cerita yang berunsur komedi dan jalan cerita yang agak berat, tapi minggu ni sekali lagi Sally dapat pas Tayangan Perdana, kali ni untuk cerita seram yang diarahkan oleh pengarah James Wan, Demonic.


Storyline 
Written and Produced by the master of horror James Wan. James Wan presents DEMONIC which takes place after the massacre of five college students in an abandoned house. Police officers and a psychologist begin to unravel the murders of five people who were killed while trying to summon ghosts. They uncover clues to what began as an innocent ghost-hunting excursion but eventually turned into a terrifying escapade involving the sinister house of hell itself which has supernatural evil forces.

Director 
Will Canon, James Wan 

Casts 
Maria Bello, Frank Grillo, Cody Horn, Dustin Milligan 

Genre 
Horror 

Jujur kata, Sally mmg bukan peminat filem seram...tapi bila dapat pas untuk filem Demonic ni, Sally terus terasa nak g tengok...mungkin sebab kejayaan pengarah James Wan dam filem "The Conjuring" sebelum ni buatkan Sally yakin filem seram beliau mmg lain daripada yang lain...!

 Jalan cerita dia biasa je tapi elemen seram yang dia cuba buat mmg sangat buat kita tak lena tidur malam..hahahaha...papepun, filem yang takkan menyesal kalau tengok pun..!

RESEPI : Kimchijeon (Kimchi Pancake)

$
0
0
Hai Hai...
Kembalinya kita ke dapur makanan Korea daripada Kak Sally comel...muahahaha...

Harini Sally nak kongsi resepi Kimchijeon, kalau kelmarin dah belajar buat Haemul Pajeon (Korean Seafood Pancake), harini kita belajar buat kimchijeon...kimchijeon ni tak banyak beza daripada Haemul Pajeon, cuma bezanya kali ni kita tambah kimchi dalam adunan kita...haaa...
 
Kepada mereka yang tak minat kimchi, sila la buat haemul pajeon je ye..hihihi


Bahan-bahan (Basah)
  1. Kimchi (perahkan sikit jus dia supaya tak basah sangat, potong kecik-kecik)
  2. Daun bawang (Kalau tak jumpa boleh ganti daun kucai)
  3. Cili merah / cili hijau (optional)
  4. Isi udang
  5. Isi ketam
Bahan-bahan (Adunan)
  1. Tepung gandum
  2. Lada sulah @ Lada hitam
  3. Garam
  4. 1 biji telur
  5. Air
Bahan-bahan (Sos pencicah)
  1. Kicap cair
  2. Cili padi
  3. Sedikit gula
  4. Sedikit cuka
Cara-caranya :
  1. Pertama sekali, perah kimchi tu sampai agak-agak kering
  2. Potong kimchi supaya agak halus, cincang pun boleh.
  3. Siapkan bahan-bahan (basah), bersihkan isi udang, potong sotong lebih kurang macam bentuk udang jugak, potong daun bawang lebih kurang 3-4cm, dan potong cili merah nipis-nipis.
  4. Adunkan semua bahan-bahan (adunan) sehingga sebati...jangan terlalu cair, pastikan sedang elok macam nak buat cekodok...
  5. Campurkan bahan-bahan (adunan + basah) tadi.
  6. Dalam pan yang leper, panaskan sedikit minyak dan goreng adunan tadi.. (guna kaedah goreng telur dadar)
  7. Pastikan adunan yang kita masak tu tak terlalu tebal melainkan kalau korang suka makan yang tak garing la...
  8. Sambil tu boleh siapkan sos pencicah (kalau malas, pakai je cili padi dengan kicap cair)
  9. Dah boleh makan! hihihi
p/s : Yang Sally masak tak sempat amik gambar...ini yang masa g Korea duu..hikhik

REVIEW | Cinderella (2015)

$
0
0
Rasanya belum terlambat lagi Sally nak review cerita ni...Alkisahnya Sally nak teman kawan Sally tengok Insurgent, tapi kebetulan masa tu lambat sangat tayangan...Sally tak nak balik lambat sebab semalam ada kelas, so, yang paling awal dan mmg kebetulan dah hampir nak start, Cinderella...

Awalnya Sally takde rasa nak tengok pun...tapi sebabkan kawan dah merayu nak tengok, layankan jela...Bukan sebab apa Sally tak nak tengok...sebab cerita dia sama je daripada zaman kita kecik dan remake cerita Cinderella 1995...atau sebab Sally tak leh nak terima cerita fairy tale buat masa ni..? Hahahahaha...


Storyline A live-action feature inspired by the classic fairy tale, “Cinderella” brings to life the timeless images from Disney’s 1950 animated masterpiece as fully-realized characters in a visually-dazzling spectacle for a whole new generation.

Director Kenneth Branagh

Casts Lily James, Cate Blanchett, Richard Madden, Helena Bonham Carter, Holliday Grainger

Genre Romance , Fantasy
 
Nak review?
 
Cerita Cinderella laa...takde beza sikit pun cuma dia twist plot sedikit, Cinderella jumpa dengan putera tu sekali lepas tu baru ada majlis tari-menari...Kira tu kali kedua la dorang berjumpa...

Dalam cerita ni ada 3 benda yang Sally suka...
 

Cinderella punya Wedding Dress...yang ni paling cantik!


Cinderella Ball Gown

 
and...the most exciting, kasut kaca ni...mmg real gila kasut kaca dia...rasa macam nak beli satu pun ada...hahahaha...

Okay laa...suitable untuk tontonan seisi keluarga...gittew~

Red Velvet Frappe from McCafe (McDonalds)

$
0
0
Sejak kebelakangan ni, Sally dah jarang sangat ke Starbucks...salah satu sebab poket tak cukup stabil la...hihihi...tapi masa Sabtu lepas, lepas tengok Cinderella terpanggil Sally untuk buat kali pertamanya cuba McCafe by McDonalds...

credit : Facebook McDonalds Malaysia
Sebenarnya daripada masa Sally makan kat Puffy Buffy Cafe di Nu Sentral lagi Sally dah aim menu ni...nampak daripada jauh mmg menarik perhatian...

Red Velvet Frappe...

Terngiang-ngiang tau dalam kepala...jadinya Sally cuba la...dan ternyata mmg sedap, tak tipu...hihihi...Rasanya tak sama macam strawberry...tapi rasa kek Red Velvet la...tak tau macam mana nak terangkan...sedap dia sampai sekarang jadi addicted...

Hari Sabtu....sekali
Hari Ahad...kali keduaaaa...

Hahahahaha...mmg pelik tapi tu la hakikatnya...non resistable tau benda ni...cuba la rasa kalau berkesempatan...
Viewing all 1948 articles
Browse latest View live