Quantcast
Channel: Steps of Sally Samsaiman
Viewing all 1948 articles
Browse latest View live

Segmen Bloglist by JINDRISSKA

$
0
0
http://jindrisska.blogspot.com/2015/03/segmen-bloglist-by-jindrisska.html

Sebagai kakak yang comel, harini Sally nak join segmen mudah daripada Aisya...kekeke...

SEGMEN TAMAT 23/03/2015
(pengumuman pemenang insyaallah pada 24/03/2015)


Segmen Blogwalking #Part3.

Malaysia Social Media Week 2015 - Mari mengundi!

$
0
0
Sally tak pasti korang aware atau tidak...tapi Malaysia Social Media Week 2015 sudah bermula sejak beberapa minggu yang lepas dan buat kali pertamanya blog Sally disenaraikan dalam kategori "Best Lifestyle Blog"....

Jujur kata, nak menang tu mmg Sally tak yakin...lagi-lagi bila setiap yang tercalon tu ada kekuatannya yang tersendiri...blog yang penuh informasi...kita ni penuh pasal CNBLUE dengan makanan Korea dia jela..hihihi...


Malaysia Social Media Week 2015 adalah satu platform untuk penggiat media sosial di Malaysia berkumpul dan berkongsi idea dalam mencari lebih banyak peluang yang boleh di gunakan melalui medium media sosial. Tahun 2015, merupakan tahun ke-4 penganjuran Malaysia Social Media Week yang telah dijalankan oleh Social Media Camber dan MY Events International.
 
Tahun lepas kategori "Best Lifestyle Blog" ni dimenangi oleh blog Acik (www.akupenghibur.com)...Tahun ni tak pasti...mungkin Acik lagi, mungkin Sally atau mungkin blogger lain yang dapat banyak VOTE daripada rakan-rakan...


Sally pun tak tau la Sally layak atau tidak...tapi kalau korang rasa Sally layak, Sally alu-alukan la korang semua untuk VOTE Sally...caranya tak susah, cuma perlu ke laman web www.socialmediaweek.com.my, sign in menggunakan FACEBOOK masing-masing dan korang dah boleh mula mengundi...

Tempoh mengundi hanya bermula 23 Mac 2015 hingga 5 April 2015 sahaja.
 
Kalau korang nak undi blog lain pun boleh...dialu-alukan...okay?
 
Untuk maklulmat lanjut boleh layari laman web www.socialmediaweek.com.my untuk segala aktiviti yang menarik sepanjang Malaysia Social Media Week 2015.

2015 Formula 1 - Petronas Malaysia Grand Prix (27-29 March 2015)

$
0
0
Rasanya rata-rata korang mesti dah tau yang bermula hujung minggu ni 2015 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix dan nak mula kan...Mungkin ada yang minat dan mungkin ada juga yang tak minat dengan F1 ni...Jujur kata Sally mmg tak minat dan langsung tak tau pasal benda ni..hahahaha...

Tapi...tahun ni Sally akan ke Sepang untuk menghadiri 2015 Formula 1 - Petronas Malaysia Grand Prix!!

Mohon terkejut sebab Sally sendiri terkejut ni haaaa...hahahaha


You see...? I already had the tickets to go there...hahahaha...

Tapi kan...tapi kan...Walaupun benda ni 3 hari tapi Sally sebenarnya nak g pada hari Ahad je...nak tau kenapa??


YES!
Jangan terkejut...mmg Sally nak kena attend After Race Concert tu je semata-mata...adoiii laaa...Ada SHINee dan jugak Girls Generation (SNSD)..Ye..Ye...mmg konsert KPOP...hahahaha...nampak tak betapa gagahnya Sally?

Sebenarnya bukan Sally minat SHINee dan jugak Girls Generation (SNSD), tapi sebab nak kena temankan Dayah yang gila sangat kat SHINee tu! Serius, Sally takde hati pun nak g tapi sebab kawan dah buat muka kesian tu, rasa serba salah pulak...mmg paham sangat perasaan nak tengok artis kesukaan kita...

(Ye...contohnya Sally dengan CNBLUEnya...)

Haip! Sally dengar korang cakap ape dalam hati tu!

So, sesiapa yang attend 2015 Formula 1 - Petronas Malaysia Grand Prix hari Ahad nnt...boleh la roger Sally...hihihi...

Majlis memperkenalkan duta terbaru produk Pharmaton!

$
0
0
Date : 24th March 2015
Venue : Talent Lounge, PJ Trade Centre, Damansara Perdana


Siapa yang tak kenal dengan Pharmaton! Brand makanan tambahan (supplement) yang sudah lama bertapak di Malaysia...bermula di Switzerland dan kemudian melebarkan sayapnya ke Malaysia dan negara serantau...

Selasa lepas bertempat di Talent Lounge, pihak Pharmaton telah memperkenalkan dua selebriti terbaru yang akan menjadi duta kepada produk mereka...Terkenal sebagai selebriti yang mempunyai jadual yang padat dan sering perlu kekal bertenaga, Fara Fauzana dan Chef Sherson Lian telah dipilih untuk menjadi muka-muka baru bagi mewakili produk tersebut...

Yeay!

Dimulakan dengan sedikit ucapan daripada Ms Carmenza Alarcon, Head of Consumer Healthcare Boehringer-Ingelheim Malaysia & Singapore dan majlis kemudiannya memperkenalkan kedua-dua selebriti.


Sesi kemudiannya diteruskan dengan sesi beramah mesra dengan kedua-dua selebriti yang dihoskan oleh MC yang sama masa Sally g Majlis Pelancaran Moist Diane di Malaysia tapi sayangnya Sally tak ingat nama dia...




Lepas sesi chit chatting ni...Chef Sherson Lian terus lead untuk demo masakan...dia buat aiskrim weh! direct kat situ...masa tu jugak...hihihi...aiskrim Ginseng, pahit tapi sedap!







Dapat makan aiskrim, dapat makan lagi...lepas tu apa lagi...sesi ambik gambar la kan!


Kita malu! 


Chef Sherson Lian


Kak Farah Fauzana

So far event ni agak santai, takde la terlalu formal...kedua-dua selebriti pun tak kekok nak berbual dengan media yang datang dan yang paling penting dorang tak kekwat...and I really thinks that the supplement is going well with them! So busy yet so energetic!


Sally dapat gift Pharmaton caplets untuk sebulan...nanti Sally cuba makan sebulan lepas tu Sally bagitau camne rasa makan benda ni ye...sebab yang ni yang terbaru, diperkayakan dengan pati Ginseng!

How to download from Dramafire, Dramacool, Dramago, GoodDrama, YoDrama, Anime4you, AnimeHere, AnimeToon and Anime44?

$
0
0
Hello people!

As you know, I'm quite addicted with everything related to Korea, mostly about the foods, the country itself, KPOP and not forgotten, the drama series!

I know this is not actually a new things, but just wanted to share with you guys who love to download Korean drama, Japanese, Asian or even animes from Dramafire, Dramacool, Dramago, GoodDrama, YoDrama, Anime4you, AnimeHere, AnimeToon, Anime44...you can actually use this method to download it..!

All you have to do is....
  • Copy the episode LINK that you wish to download.
  • Open DramaDownloader.com in new tab
  • Paste the link, click CONTINUE and just download it from there!
  • Get your download episode, and save it!
So, easy aite..?

Happy downloading!

Tarikh Fast Furious 7 ditayangkan di Malaysia!

$
0
0
Masa Sally tulis entri ni...mmg genap seminggu sebelum Fast Furious 7 akan ditayangkan...Kalau mereka yang dah follow blog Sally daripada tahun lepas, rasanya Sally dah start countdown since awal Januari 2014 lagi...

Berita kematian Paul Walker time tu mmg agak terkejut jugak laa...tapi nasib baik jugak masih lagi berjaya disiapkan...

so, yeay!

Sally jugak rasa rata-rata korang sure dah tau bila Fast Furious 7 akan ditayangkan, ada yang dah siap beli tiket lagi kan...hihihi...tapi disebabkan kebelakangan ni terlalu banyak orang search tentang ni, jadinya Sally kongsikan jugak la dekat korang...

Tarikh Fast Furious 7 ditayangkan di Malaysia ialah pada...

2nd APRIL 2015!

Sepatutnya kalau ikut plan asal, tarikh Fast Furious 7 ditayangkan ialah pada 10th April 2015...tapi dah diawalkan sebab produksi tau korang excited nak tengok..hahahaha...

Kepada yang dah siap beli tiket tu, selamat menonton! Sally tunggu dapat tiket wayang free je..hihihi


Daripada 2 ke 5 ke 11...!

$
0
0
Apa benda la yang merepek ni kan...hihihi...

Takde ape pun...sebenarnya 11 tu total kucing Sally yang terbaru yang ada kat rumah lepas kucing Sally yang bunting tu beranak sekali ni...kalau korang pernah baca entri dedulu ada la kenal kucing-kucing Sally kot...



hehe...ni la anak-anak bulusss mini Sally yang baru...ada 6 ekor yang baru lahir dan kisahnya sekarang ni dah ada 11 ekor la kucing kat rumah...riuh dengan bunyi loceng dia je...ketang ketung lagi dok panjat sana sini...hahahaha...

Kadang-kadang kesian tengok ibu yang asyik nak kena halang dorang tarik benda sana sini...dah macam jaga budak pun ye...kadang tu lagi dilarang lagi dia suka nak buat...sabar jelaaaa...~

Frozen Takoyaki di Kajang.

$
0
0
Tetiba update entri petang cerita pasal makanan...hahahaha...siapa kat sini peminat Takoyaki..? Kalau korang minat takoyaki...korang mesti tau feeling makan dia tapi tak cukup kan...sebab kadang-kadang beli ada 3 biji kadang-kadang je ada 4 biji dalam tu...

Haaa! ni ada berita baik kalau korang suka makan takoyaki tapi malas nak tunggu tuan kedai golek-golek dia lepas tu rasa tak cukup nak beli 3-4 biji je...sebab ada satu kedai takoyaki yang jual frozen punya!




Dalam setiap pack ni ada 10 biji takoyaki...dan complete dengan segala bahan-bahan dia macam sos, fish flakes semua tu laa...cuma mayonis korang kena tambah sendiri...yang lain semua dah siap ada dalam tu!

Cara nak masak pun mudah sangat...korang just panaskan minyak dan goreng secara "deep fried"...Pastikan minyak panas tau sebab tak nak nanti takoyaki jadi lembik..hihihi...


Sure korang nak tau kat mana nak beli ni kan...ini kira berita baik untuk yang mana tinggal di Kajang atau kawasan yang berhampiran la kot...

Takoyaki House
Econsave Cash & Carry (Bangi)
Jalan Reko Sentral
43000 Selangor.

Senang je nak cari dia...kalau korang masuk ikut pintu depan tu...cari je lambang Coolblog kat sebelah kiri korang sebab dia ada kat sebelah tu je...senang kan!

Harga dia..?

Murah je...satu bekas yang ada 10 biji tu RM9 je...jatuh harga sebiji RM 0.90 je...murah kan...makan pun puas hati...ada 4 menu pilihan (chicken cheese, prawn, octopus & crabstick)...

Selamat bertakoyaki! :)

Korean Drama | Kill Me Heal Me

$
0
0
Dah lama rasanya Sally tak share drama terbaru kan...harini Sally nak share satu drama yang dah pun completed semua episod dia dan baru je Sally habis tgk semalam...cerita ni sangat berbeza daripada cerita-cerita sebelum ni...sebab watak utama (Ji Sung) terpaksa pegang 7 watak yang berlainan sebab dia ada penyakit Dissociative Identity Disorder (D.I.D)... Overall Sally suka cerita ni...Kelakar, sedih terlampau, sakit hati terlampau dan semua laaa!


Synopsis:
A romantic comedy between a third-generation billionnaire with Dissociative Identity Disorder and a first-year Psychiatrist resident who treats him secretly. After a traumatic experience in his childhood, Cha Do Hyun suffers memory lapses and his personality then fractured into seven different identities. A resident doctor, Oh Ri Jin, is a beautiful, innocent, and popular woman on the surface, but she and her twin brother, Oh Ri On, hide different facades. Oh Ri Jin is money-oriented, has messy habits, and dreams to be a pro wrestler; while Oh Ri On acts like a fool despite actually being a genius writer of detective novels.

Released: 2015

Genres: comedy, medical, mystery, romance
 
Watch online : Kill Me Heal Me 
Download :  Use Dramadownloader.com (Check here)

Korean Drama | Modern Farmer

$
0
0

Yeay! Drama Korea lagi...hehehe...

Kali ni Sally nak share drama lakonan Lee Hong Ki (FT Island)...Sally rasa cerita ni tak banyak dapat pendedahan pun...mungkin sebab pelakon dia tak berapa well known sangat pada kita ni...tapi Sally share sebab ada Hong Ki dan daripada beberapa review yang Sally baca, Hing Ki punya lakonan dalam ni mmg sangat best dan expression dia mmg sangat kelakar...so, Sally baru habis download...belum sempat tengok...

Description
There is a rock band called "Excellent Souls (ExSo)." The band consists of Lee Min Ki (Lee Hong Ki), Kang Hyuk (Park Min Woo), Yoo Han Chul (Lee Shi Un) and Han Ki Joon (Kwak Dong Yun). The band decides to move to the countryside and becoming farmers. There, the drama series follows their dreams, loves and friendships.

Country: Korean

Status: Completed

Released: 2014

Genre: Comedy Romance Family Human 
 
Watch online : Modern Farmer 
Download :  Use Dramadownloader.com (Check here)
 

2015 Formula 1 - Petronas Malaysia Grand Prix After Race Concert (Girls Generation & SHINee)

$
0
0
Baca tajuk pun rasanya sure korang dah tau Sally nak cerita pasal apa kan..hihihi...tapi sebabkan Sally nak cerita jugak jadinya Sally menaip dengan penuh gagah!

Sebelum ni Sally dah bagi entry teaser 2015 Formula 1 - Petronas Malaysia Grand Prix (27-29 March 2015), kiranya harini kita cerita secara menyeluruh laa...Seriously Sally sebenarnya tak minat SHINee atau Girls Generation, tapi bohong la kalau kata tak pernah dengar lagu dorang tu...Selalu je dengar...ada je merata lagu dorang dalam playlist Sally..hihihi...tapi mungkin tak sama macam Sally minat CNBLUE rasanya..hihihi...Lagipun Sally teman Dayah je sebab dia yang minat SHINee...

After Race Concert mula mesti la lepas semua race tamat...Sally pun tak pasti sape yang menang...rasanya Ferrari yang menang kan..? Petronas nombor 2-3 macam tu...entah...nampak tak langsung tak peduli pasal race..LOL...maafkan saya...saya bukan pengulas sukan...

Konsert start lebih kurang pukul 5pm...tapi fans semua dah beratur sejak pukul 3pm lagi sebab nak dapatkan tempat paling depan...biasa la...dah namanya pun free standing...macam tu la gayanya and I must say, all the fans are extremely GANAS!

Sakit tau kita kena rempuh~

Konsert bermula dengan persembahan daripada errr...Sally tak ingat apa nama group dorang! So sorry! lepas tu dorang ada menyanyi dengan Altimet!


Ramainya orang...dah la Sally katik...orang depan pun seronok menari bagai...mmg tak nampak apa laaa...terpaksa la rakam lepas tu balik tengok kat rumah...nampak tak sedihnya tahap apa..hihihi...

Nak sampai kat Girls Generation & SHINee bukan main lama menanti...dah la panas gila! ingatkan dah nak keluar la Girls Generation ke SHINee ke...tetiba yang keluarnya DJ Hitch Hiker...wehhh...semua orang stress..hahahaha


Tapi...akhirnya! akhirnya keluar jugak SHINee!



Seingat Sally dorang ni nyanyi dalam 6 lagu termasuklah Lucifer, Everybody, Dream Girl dan beberapa buah lagu yang Sally tak ingat nama just tau jela..hihihi...

SHINee nyanyi berganti dengan Girls Generation...GG plak nyanyi lagi banyak rasanya...maybe dalam 7-8 lagu, Sally tak kira sangat...ada la lagu Gee, Mr. Mr., I got a boy, Hoot dan beberapa lagi lagu yang Sally tak tau...


Tapi Sally respect jugak kat penganjur sebab ada berhenti untuk memberi laluan kepada waktu Maghrib...dan semua fans pun walaupun kebanyakkanya Chinese pun still hormat dan takde buat bising...


Overall konsert ni okay la...havoc tapi bila fans mula merempuh orang tu Sally tak minat sangat perangai...tapi nak marah pun tak boleh...sebab paham sangat yang semua orang nak depan kan...dengan rakyat Malaysia yang kebanyakkannya katik..hihihi...termasuk Sally..hihihi

Okay..okay...habis dah laghaaaa~

Wordless Wednesday! [Why I am single?]

$
0
0

Don't call me Sally, call me Mrs. Jung Yong Hwa! Hahahahha...

okay, tau tak lawak :P

Wordless Wednesday! [Dilemma]

$
0
0

Kalau arwah papa ada, mau kena maki kat muka 100x..hahahaha...

Wordless Wednesday! [Guess who?]

$
0
0
This is soooooo me! sooooo true!

p/s : Yg lagi best...kebanyakkan yg mintak nasihat dah selamat nikah :)

2015 World Tour, BigBang akan menjelajah 15 buah negara!

$
0
0
Penantian yang agak lama untuk kumpulan BigBang buat "comeback"...Sepatutnya "comeback" ni dijadualkan pada tahun 2014, tapi terpaksa ditunda atas desakan kerja dan jadual mereka yang padat...tapi berita baik sebab agensi dorang, YG Entertainment dah confirm yang BigBang akan buat comeback pada tahun 2015!

Bukan setakat comeback, tapi ada world tour sekali!

Kali terakhir dorang buat world tour pada tahun 2012, sebab lepas tu semua busy dengan solo album masing-masing...World tour kali ni akan meliputi 15 buah negara termasuk Korea Selatan, China, Jepun, beberapa buah negara Asia, dan Amerika.


Harini, YG Entertainment ada update media sosial dorang untuk makluman yang BigBang akan mulakan comeback dan konsert “2015 WORLD TOUR IN SEOUL WITH NAVER” yang akan berlangsung selama 2 hari di Seoul Olympic Stadium pada 25th-26th April.

MALAYSIA please!

Taufik Batisah “Fique Showcase” di Kuala Lumpur, April 2015.

$
0
0
Rasanya ramai yang dah mula kenal dengan Taufik Batisah selepas dia menjadi salah seorang juri dalam program Maharaja Lawak Mega 2014 dan lagu dia yang makin hits dekat radio-radio Malaysia, "#awakkatmane"...

dannn...rasanya korang pun dah tau yang Sally suka/minat gila kat dia selain daripada CNBLUE dgn Adam Levine...Jadinya entri ni Sally tulis untuk share kepada korang yang teringin nak tengok Taufik Batisah menyanyi secara live di Kuala Lumpur...boleh cuba masuk peraduan ni...mana tau boleh menang pas masuk percuma ke Taufik Batisah “Fique Showcase” kan...tak susah mana pun sebab just kena buat satu slogan je...untung-untung dapat dua pas masuk tu, boleh la bawa Sally... #berharap


Venue : Grand Ballroom Pullman Bangsar
Time : 7.00pm
Date : 17th April 2015 (Friday)

Kalau korang nak cuba menang pas masuk untuk Taufik Batisah “Fique Showcase”, korang boleh cuba isi borang penyertaan kat <SINI>

Sape yang dapat tu...mohon bawak Sally g sana ye..hihihi

Hadiah:
Hadiah Utama x 3 Pemenang :
Sepasang pas Taufik Batisah “Fique Showcase” + Sesi beramah mesra dengan Taufik Batisah + Produk Ekslusif
 
Hadiah Sagu Hati x 10 Pemenang :
Sepasang pas Taufik Batisah “Fique Showcase”

Sabtu yang sepi...

$
0
0
Sepi je Sabtu ni...mungkin sebab dah biasa kerja tapi cuti pulak minggu pertama ni kan...

Harini keluar kejap ke Starbucks sebab nak buat assignment untuk presentation esok, esok ada kelas...

Harini di Singapura, Taufik Batisah dah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Sheena Akbal...

di Bangkok pulak...Jung Yong Hwa ada konsert solo dia, One Fine Day...

hahahaha...dua-dua berjalan masa Sally hadapi sabtu yang sepi...hahahahaha...mmg kena sangat la kan...

okay laa...nak sambung buat kerja kejap...

Have a great weekend! :)


Macam-macam perangai!

$
0
0
Kisah ni perihal anak-anak buluss Sally yang kecik macam yang pernah Sally cerita dalam entri daripada 2 ke 5 ke 11...!

Makin besar, makin banyak kerenah...tidur dalam bilik air la, mengintai orang mandi laa, tidur atas bantal kita...semua benda nak dia buat...sampai rasa nak ketuk kepala masing-masing...



yang terbaru ni lagi laa...kita sibuk nak bagi mak, ayah abang-abang dia makan...dia dengan penuh selamba tido dalam bekas makanan tu...dah la tengah nak cuba makan tu...sambil tido pun dia makan...Ya Allah, mmg rasa nak ketuk kepala masing-masing!


Ini baru 3 daripada 6 ekor yang pelik perangainya...yang lagi 3 belum dapat Sally tangkap perbuatan gila masing-masing!

Disney Cinderella merchandise.

$
0
0
Baru je sampai harini...Sally mmg happy dapat benda ni sebab ni mmg antara benda yang Sally teruja tengok...actually Sally nak bracelet dia tapi takde rezeki pulak...yang dapat phone plug je...tapi takpe laa...atleast something kan?


Phone plug yang berbentuk kasut kaca Cinderella...siap ada rama-rama dia lagi...walaupun bendani plastik, tapi cantik! dari jauh nampak macam kaca kan...Dah selamat Sally sematkan kat smartphone Sally...nak tunjuk dia kat phone tapi camne nak ambik gambar kan...nak pinjam telefon kawan macam segan la pulak..hihihi...

Kalau nak baca review Sally untuk movie ni...boleh klik REVIEW | Cinderella (2015)... 

Anyway, thank you KLIPS!
Viewing all 1948 articles
Browse latest View live


Latest Images